Anwar Akan Ke Dataran Merdeka Selepas Solat Zohor - Berita Semasa | mStar

Anwar Akan Ke Dataran Merdeka Selepas Solat Zohor

Diterbitkan: Sabtu, 28 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anwar berucap di hadapan penyokong Bersih di Masjid Negara.
Anwar berucap di hadapan penyokong Bersih di Masjid Negara.

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama penyokong-penyokong Bersih akan bergerak ke Dataran Merdeka selepas solat Zohor.

Anwar berkata demikian ketika bertemu peserta perhimpunan Bersih 3.0 di Masjid Negara, dekat sini, Sabtu.

"Kita tunggu sampai Zohor di sini, selepas itu kita ke Dataran Merdeka," katanya.

Anwar ketika memberi ucapan kepada ribuan penyokongnya di sini berkata, perarakan ke Dataran Merdeka sebagai 'memerdekakan' dataran tersebut.

Beliau bersama pemimpin Bersih sebelum ini menggelarkan Dataran Merdeka sebagai 'Dataran Penjajah' apabila permohonan mereka untuk berhimpun di Dataran Merdeka ditolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Kita akan merdekakan Dataran Merdeka hari ini," katanya sambil disambut dengan laungan 'reformasi' oleh peserta himpunan.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan