63 Peserta Himpunan, Dua Anggota Polis Dirawat Di HKL

Diterbitkan: Sabtu, 28 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerima 63 pesakit yang menjadi peserta perhimpunan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disokong pembangkang berhampiran Dataran Merdeka di sini, Sabtu.

Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL Prof Datuk Seri Abu Hassan Ashaari Abdullah berkata pihaknya juga merawat dua anggota polis yang cedera ringan ketika bertugas pada perhimpunan itu setelah cedera di kepala dan patah gigi.

Daripada jumlah 65 orang itu, seramai 40 lelaki dan 25 wanita, kebanyakan menerima rawatan akibat kecederaan dan kepenatan ketika menghadiri perhimpunan berkenaan. "Kesemua mereka berumur antara 15 tahun dan 74 tahun. Daripada 65 orang itu, tujuh dimasukkan ke dalam wad masalah pernafasan dan kepenatan. Selebihnya menerima rawatan pesakit luar," katanya kepada pemberita. Beliau berkata pihak hospital menyediakan 160 kakitangan dan pegawai serta pelbagai kemudahan termasuk makanan kepada pesakit berkenaan.

Pada perhimpunan itu, polis berjaya menghalang percubaan peserta untuk menceroboh Dataran Merdeka dengan merempuh pengadang dan kawat berduri dipasang selepas Mahkamah Majistet mengisytiharkan dataran itu sebagai kawasan larangan mulai hari ini sehingga 1 Mei.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini melarang penganjur mengadakan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka kerana tempat itu hanya dibenarkan untuk acara-acara rasmi bertaraf nasional. Tindakan boleh diambil terhadap mereka yang melanggar perintah itu, mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Di Melaka, beberapa anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengalami kecederaan ringan ketika menjalankan tugas di Perhimpunan anjuran NGO yang sama di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir.

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lyle berkata kejadian tersebut berlaku ketika petugas MBMB dan polis menghalang peserta perhimpunan itu yang dikhuatiri mengganggu pertandingan pancaragam di dataran tersebut. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan