UDA Larang Perhimpunan Diadakan Di Plaza Angsana

Diterbitkan: Jumaat, 27 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: UDA Angsana Sdn Bhd melarang kawasan kompleks Plaza Angsana di sini digunakan oleh mana-mana penganjur untuk mengadakan perhimpunan.

Naib Presiden Kanan UDA Property Management Syed Ahmad Nazri Syed Kamaruzaman dalam satu kenyataan hari ini berkata larangan itu memandangkan kawasan Plaza Angsana adalah hak milik syarikat UDA Holdings Berhad dan bukan milik awam.

Katanya laporan polis juga telah dibuat berikutan kenyataan penganjur yang berhasrat mengadakan perhimpunan di kawasan kompleks itu esok dan 5 Mei ini.

"Selaku pemilik Plaza Angsana, UDA Holdings Berhad bertanggungjawab terhadap keselamatan peniaga dan pengunjung yang berkunjung ke kompleks itu untuk membeli belah atau menghabiskan masa bersama keluarga ketika hujung minggu," katanya.

Beliau berkata selain mendapat bantuan polis, Unit Keselamatan Plaza Angsana juga akan mengambil tindakan seperti yang diperuntukkan undang-undang bagi mencegah sebarang perhimpunan diadakan di kawasan itu.

Katanya sebarang acara dan aktiviti yang dianjurkan di kompleks itu sebelum ini hanya berbentuk kekeluargaan dan memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan