Saifuddin Dedah Keahlian Umno Pengerusi & Tim.Pengerusi SPR Di Cawangan Mana

Diterbitkan: Jumaat, 27 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada Jumaat tetap mendakwa bahawa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar adalah ahli Umno.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, Saifuddin mendakwa, Abdul Aziz merupakan ahli Umno cawangan Sri Ampang Baru dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya bagi Parlimen Ampang, Selangor.

Manakala Wan Ahmad pula berdaftar di cawangan Kubang Bunggor dalam DUN Chetok bagi Parlimen Pasir Mas, Kelantan.

Sehubungan dengan itu, Saifuddin menggesa Abdul Aziz dan Wan Ahmad supaya meletak jawatan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan SPR menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) akan datang.

"PKR memandang serius keterlibatan Abdul Aziz dan Wan Ahmad yang sah menjadi ahli Umno sementara masih memegang jawatan di dalam suruhanjaya itu.

"Kami berpegang kepada prinsip bahawa kepercayaan awam adalah syarat tonggak dalam kriteria pelantikan seseorang sebagai anggota SPR," katanya lagi.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang menegaskan, seseorang yang menduduki jawatan sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan ‘non-partisan’.

"Ternyata kedua-duanya gagal dalam ujian asas ini apabila terbukti mereka berdua sah menjadi ahli Umno sepertimana maklumat yang kami dedahkan ini," katanya.

Pada Khamis, Wan Ahmad mengaku beliau pernah menjadi ahli Umno pada waktu mudanya.

Bagaimanapun, beliau memberitahu tidak lagi menjadi ahli parti itu sebaik saja dilantik sebagai setiausaha SPR pada April 1998.

Sementara itu, Abdul Aziz yang dipetik Sinar Harian sebagai berkata, beliau tidak pernah mendaftar atau memohon untuk menjadi ahli Umno walaupun tidak menolak kemungkinan namanya tersenarai dalam parti itu.

"Saya tidak ingat langsung bila dan di mana saya pernah menjadi ahli Umno, boleh jadi ada mana-mana pihak memasukkan nama saya selepas tamat universiti, awal 70-an dulu," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan