PRU13: PAS Selangor Bincang Pertukaran Kerusi

Diterbitkan: Jumaat, 27 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: PAS Selangor sedang berbincang mengenai pertukaran kerusi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP negeri bagi pilihan raya umum ke-13, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad.

Beliau berkata pertukaran kerusi itu bagaimanapaun melibatkan satu ataupun dua kerusi sahaja di negeri Selangor yang perlu mendapatkan persetujuan pihak-pihak terbabit.

Khalid bagaimanapun tidak menyatakan sama ada pertukaran kerusi itu bagi kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN). "Pada dasarnya, PAS Selangor kekal dengan status quo dan bertanding dalam bilangan kerusi yang sama sebagaimana yang dilakukan parti itu pada pilihan raya umum 2008. "Tetapi kita sedang mengusahakan pertukaran kerusi antara rakan parti PKR dan DAP atas dasar suka sama suka untuk beberapa kerusi sahaja," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Jumaat.

Khalid yang juga Anggota Parlimen Shah Alam berkata pihaknya sudahpun menghantar senarai calon yang akan mewakili PAS Selangor pada pilihan raya akan datang kepada PAS pusat untuk pertimbangan selanjutnya. Pada pilihan raya umum lepas PAS diperuntukkan 20 kerusi DUN manakala PKR dan DAP masing-masing diperuntuk 21 dan 15 di negeri itu.

Di Selangor, terdapat 22 kerusi Parlimen dan 56 DUN. Daripada jumlah itu, PAS memenangi 12 kerusi, PKR dan DAP masing-masing memenangi 15 dan 13 kerusi.

Manakala bagi kerusi Parlimen di negeri itu, PAS dan DAP masing-masing memenangi empat kerusi dan PKR sembilan kerusi.

Sementara itu, Khalid meminta kepimpinan tertinggi PAS supaya tidak memberi laluan kepada Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding kawasan Parlimen Kota Baharu pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, ruang itu tidak sepatutnya diberikan kepadanya kerana terdapat pemimpin parti di bawah Zaid seperti Pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim yang dilihat tidak memihak kepada pakatan pembangkang. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan