Program Tinjauan Mesra PM Di Pasar Besar Sibu Gambaran Semangat 1Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 27 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Tinjauan mesra Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pasar Besar Sibu hari ini di mana beliau bertemu dan berbual-bual dengan para peniaga dan orang ramai secara lebih dekat benar-benar menggambarkan konsep 1Malaysia beliau dan hasratnya merasai denyutan nadi rakyat.

Walaupun, ia merupakan lawatan beliau yang ketiga ke venue ikon popular bandar ini, Najib menceriakan penduduk tempatan, yang datang daripada pelbagai etnik masyarakat, yang memberikan sambutan hebat kepada beliau.

Pada Februari dan Mac 2010, Perdana Menteri juga telah melawat pasar besar itu, yang dikatakan pasar terbesar di negara ini dengan 1,100 gerai tetap dan antara 200 hingga 250 "tamu" atau gerai penjaja pribumi terdiri daripada Iba, Melayu, Melanau dan lain-lain.

Tukang kayu Peter Lansong, yang mengeluarkan RM17 untuk tambang bot skpres bagi dua jam perjalaan dari Song, dapat memnuhi impiannya bertemu perdana menteri.

"Saya berasa bangga dapat berjabat tangan dengan pemimpin Nombor Satu negara kerana beliau telah banyak berjasa kepada rakyat," kata bapa kepada enam orang anak, penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada Bernama.

Pemilik kedai kopi Farid Iskandar, Sabtuyah Omar, 43, yang mana gerainya adalah antara lima yang menerima sijil penyertaan dalam Menu Rakyat 1Malaysia, berasa bangga kerana dapat bersarapan bersama-sama dengan Najib dan pemimpin negeri yang lain termasuk Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Perdana Menteri kata sedap," katanya dengan bangga mengenai makanan tempatan yang dihidangkan termasuk kuih orang Melayu Sarawak, kuih Bungkol, roti Foochow kompia, kuih selorot, sesa panjang, yang secara tradisinya merupakan udang panggang dan dimakan bersama pelet sago dan roti canai.

Ibu kepada lima anak ini juga mengambil kesempatan secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana beliau dan keluaerganya mendapat manfaat daripada BR1M, Baucer Buku RM200 dan Netbook 1Malaysia manakala rumahnya pula terletak berdekatan dengan Klinik Rakyat 1Malaysia (KR1M) di sini.

Najib, yang juga menikmati segelas kopi tempatan, juga berjanji untuk meneliti permohonan Persatuan Penjaja dan Peniaga Pasar Besar Sibu bagi meningkatkan kemudahan sedia ada termasuk memasang kipas tambahan, kata Sabtuyah.

Seorang lagi penjaja, Chia Sing Kong, 49, berkata beliau amat gembira kerana disambut Perdana Menteri setiap kali pemimpin itu melakukan lawatan ke pasar besar itu dengan 3,000 orang ramai tidak sabar-sabar menunggu untuk berjabat tangan dengannya.

Berucap selepas merasmikan pembukaan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Thai Kwang bernilai RM12 juta di Jalan Lanang di sini, Najib menyifatkan interaksi beliau dengan rakyat di pasar besar itu sebagai satu "mikrokosmos 1Malaysia".

"Saya amat bangga apabila melawat pasar (besar Sibu), terutama apabila saya duduk bersarapan dengan ketua menteri, (timbalan ketua menteri) Tan Sri Alfred Jabu, (menteri kanan negeri) Datuk Seri Wong Soon Koh dan kami berbual-bual dengan rakyat di meja yang sama, di mana dua Cina, dua Melayu, satu Melanau dan satu Iban," katanya.

Beliau yakin bahawa matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju boleh dicapai jika rakyatnya hidup dalam suasana aman dan harmoni dengan kerajaan mengamalkan dasar sederhana yang adil dan inklusif kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan budaya.

"Janji telah dikotakan...saya uji rakyat yang saya jumpa jika mereka telah menerima BR1M dan lain-lain bantuan 1Malaysia dan mereka berkata ya," katanya sambil menambah kata bahawa Malaysia telah melalui perjalanan yang panjang dan rakyatnya tidak boleh memperjudikan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan yang ada sekarang sejak sekian lama.

Dengan melawat begitu banyak negara, terutma dalam lawatan rasmi, beliau berkata Malaysia merupakan sebuah negara yang indah dan terbaik dengan kekayaan yang mencukupi untuk dikongsi oleh setiap orang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan