Pengharaman LGBT: Tidak Perlu Fatwa Bagi Perkara Yang Jelas - Jamil Khir

Diterbitkan: Jumaat, 27 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata umat Islam tidak perlu menunggu fatwa untuk mengharamkan aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Ini kerana katanya, perkara itu sudah jelas menyalahi hukum agama Islam.

"Fatwa dikeluarkan untuk perkara yang tidak jelas. Ini sangat jelas hukuman kepada golongan peliwat dan zina. Allah turunkan bala kepada kaum Nabi Lut kerana mereka mengadakan hubungan terlarang di antara lelaki dan lelaki," katanya kepada pemberita, di sini, Jumaat.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan penyiaran saluran televisyen Al Hijrah menerusi Hypp TV, berkata hukum serupa juga meliputi penyokong dan mereka yang memperjuangkan kumpulan itu.

Sementara itu mengenai penyiaran Al Hijrah oleh Hypp TV, Jamil Khir berkata Al Hijrah boleh ditonton pelanggan jalur lebar Unifi menerusi saluran 114.

"Dari statistik yang kita peroleh, siaran Al Hijrah yang berkonsepkan Islam ini mempunyai jumlah penonton teramai dari Jepun, Mesir dan Arab Saudi," katanya.

Ini menunjukkan televisyen itu diminati oleh golongan pelajar Malaysia di luar negara dan membuktikan ia diterima oleh orang muda, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan