Pengerang Disasar Jadi Hab Minyak Dan Gas Bertaraf Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 27 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Kerajaan negeri menyasar Pengerang bakal muncul sebagai hab petrokimia dan minyak terbesar di dunia dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Otman berkata dengan penggunaan teknologi terkini, beliau yakin Pengerang mampu mecapai sasaran itu berbanding Jurong di Singapura yang mengambil masa 20 tahun untuk berbuat demikian.

"Walaupun tidak mempunyai sumber minyak, Singapura adalah antara tiga pemain global terulung dalam industri, penapisan, perdagangan dan pembuatan produk dan kelengkapan minyak serta gas.

"Ia mengambil masa lebih 20 tahun untuk Singapura mencapai kejayaan itu dan kita berharap di Pengerang, kita boleh lakukannya dalam tempoh 10 tahun dengan kepakaran yang kita ada," katanya pada majlis pecah tanah projek Terminal Petroleum Laut Dalam Bebas di sini, Khamis, yang turut dihadiri oleh Pengerusi Pengerang Independent Terminal Sdn Bhd Ngau Boon Keat.

Ghani berkata Pengerang turut mempunyai pelbagai faktor semula jadi yang memihak kepadanya termasuk mempunyai tanah yang luas, lokasi yang strategik, berhampiran laluan perkapalan antarabangsa utama serta kemudahan pelabuhan laut dalam.

"Faktor ini memudahkan jalinan kerjasama diadakan dengan rakan kongsi global dari aspek logistik dan pengedaran produk. Ia juga akan merangsang pertumbuhan usahawan tempatan dan serantau serta mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan selain peluang pekerjaan terutama di Pengerang," katanya.

Sementara itu Abdul Ghani berkata projek Terminal Petroleum Laut Dalam Bebas yang dilaksanakan itu juga merupakan pembangunan paling terancang dan strategik yang julung kali diadakan di kawasan itu.

Beliau berkata ia akan mengubah landskap Pengerang dan penduduk yang telah lama bermastatutin di situ amat teruja serta mengalu-alukan projek seumpama itu setelah Pengerang sekian lama terpinggir dari arus pembangunan.

Menurutnya projek pembangunan itu akan menyumbang kepada kemajuan negeri dan memberi manfaat kepada rakyat setempat selain meningkatkan taraf hidup rakyat.

Projek berkenaan yang bernilai RM5 bilion merupakan projek usahasama oleh Dialog, Vopak dan kerajaan negeri yang dijadual siap sepenuhnya pada 2017.

Ia dibina di atas tanah seluas 200 hektar yang ditambak pada kedalaman laut 24 meter yang akan dilengkapi deengan pelbagai kemudahan termasuk jeti, selain menempatkan loji simpanan dengan kapasiti simpanan lima juta meter padu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan