Pendidikan Cina Bahagian Penting Pendidikan Nasional - PM

Diterbitkan: Jumaat, 27 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat, berkata pendidikan Cina akan terus menjadi bahagian penting dalam sistem pendidikan negara.

Katanya kerajaan telah meningkatkan peruntukan untuk sekolah Cina terutama sejak tiga tahun lepas, dan bantuan yang telah diberikan adalah jauh lebih banyak berbanding sebelum ini.

"Dalam Belanjawan 2012 sebagai contoh, sejumlah RM100 juta diperuntukkan untuk sekolah Cina di seluruh negara," katanya ketika merasmikan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Thai Kwong, yang dibina dengan kos RM12.5 juta, di sini.

Najib berkata bagi komuniti itu, mereka sangat berbangga dengan budaya mereka yang berusia lebih 5,000 tahun.

"Bahasa Cina adalah bahagian penting budaya itu, selain nilai-nilai berkaitan budaya. Nilai seperti ketaatan kepada ibu bapa dan tanggapan untuk sentiasa memulangkan semula kepada masyarakat serta pelbagai lagi diajar di sekolah Cina," katanya.

Najib turut menegaskan jumlah peruntukan yang sama diberikan kepada sekolah Tamil, kebangsaan dan sekolah agama di negara ini.

Beliau berkata adalah menjadi polisi kerajaan untuk berlaku adil dan merangkumi semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama.

"Di bawah konsep 1Malaysia, kami mahu semua rakyat Malaysia berasa bahawa di negara ini dia akan menerima nikmat yang adil dan saksama daripada kerajaan," katanya.

Kerajaan kata beliau, akan terus meletakkan pendidikan sebagai kepentingan utama untuk membangunkan sumber manusia yang amat penting bagi negara.

"Kami bukan sekadar menyatakannya tetapi juga mampu melaksanakannya, perbuatan dan polisi. Tidak ada sektor lain yang menerima peruntukan sebanyak pendidikan sejak merdeka," katanya.

Najib berkata antara ciri unik sistem pendidikan negara ialah :"kesediaan kerajaan membangunkannya berasaskan kehendak dan aspirasi rakyat.

"Kami putuskan untuk membiarkan rakyat menentukan jenis sistem pendidikan yang mereka mahu. Tidak ada negara di Asia Tenggara yang membangun atau mengamalkan polisi begini," kata beliau.

Najib juga memuji Anggota Parlimen Lanang Datuk Tiong Thai King yang merupakan pengerusi lembaga pengurusan sekolah, atas peranannya dalam membangunkan semula program sekolah itu, yang diwujudkan pada 1932.

Tiong bukan saja memimpin tetapi turut menyumbang sebahagian besar kepada dana sekolah,katanya.

"Rakyat patut ingat perbuatan baik seorang wakil rakyat Barisan Nasional apabila tiba pilihan raya umum," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan