Pembangkang 'Cakap Tidak Serupa Bikin' - GPMS

Diterbitkan: Jumaat, 27 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang mempamerkan nama-nama peminjam yang gagal membayar balik pinjaman Tabung Amanah Pinjaman Penuntut Negeri di laman webnya dikritik sebagai bercanggah dengan janji Pakatan Pembangkang mahu memberi pendidikan percuma kepada rakyat.

Yang Dipertua Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan Sungai Pinang Ahmad Yakqub Nazri berkata tindakan itu tidak sejajar dengan pendirian Pakatan Rakyat kononnya mahu menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat.

"Inilah kredibiliti kerajaan Pakatan Rakyat yang ada pada hari ini, cakap tak serupa bikin. Apakah ini kerajaan yang kita nak," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau menyifatkan pemaparan nama pelajar itu sebagai satu desakan secara memalukan mereka dan bertentangan dengan janji Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memansuhkan pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional) jika menang pilihan raya umum ke-13.

Ahmad Yakqub menasihatkan mahasiswa supaya berfikiran rasional dan tidak diperalatkan pemimpin politik yang hanya pandai menabur janji semata-mata bagi mencapai cita-cita politik sempit mereka.

Katanya kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menanggung subsidi yang tinggi bagi membolehkan pelajar melanjutkan pengajian dan beliau berkata adalah tidak wajar untuk menghapuskan PTPTN yang terbukti amat berguna kepada pelajar.

Pengerusi Sekretariat Suara Keamanan Mahasiswa Muhammad Mukhlis Maghribi yang turut sependapat dengan Ahmad Yakqub berkata janji pembangkang mahu memansuhkan PTPTN hanya retorik politik bagi meraih sokongan.

Katanya pinjaman PTPTN telah membolehkan ribuan pelajar yang tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk melanjutkan pelajaran. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan