Md Isa Minta Umno, BN Bekerja Keras Nafi Kenyataan MB Kedah PAS Tawan Perlis

Diterbitkan: Jumaat, 27 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu meminta Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri bekerja keras bagi menafikan kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bahawa PAS akan menawan Perlis dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Beliau yang menyifatkan kenyataan Azizan itu sebagai "lawak politik" berkata bagi beliau, kenyataan Azizan itu boleh menjadi sebaliknya, dengan BN menawan kembali Kedah yang kini nampak terserlah sokongan rakyat di negeri tersebut kepada BN, dan akan terus kekal memerintah Perlis.

"Saya kenal Ustaz Azizan sebagai seorang yang suka melawak, justeru saya yakin apa yang diperkatakannya itu sebagai lawak politik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kecemerlangan dan dua blok bangunan baru Sekolah Menengah Agama (P) Kangar di sini, Jumaat.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah itu yang dilaporkan sebuah akhbar baru-baru ini bahawa PAS bukan sahaja akan mempertahankan negeri Kedah, malah juga akan merampas Perlis.

Md Isa berkata BN Perlis bukan sahaja akan menang ketiga-tiga kerusi Parlimen sedia ada, malah juga semua kerusi dewan undangan negeri termasuk dua kerusi di Sanglang dan Simpang Empat yang kini dikuasai PAS.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan BN negeri berkata perbincangan PAS tentang siapa di kalangan pemimpin parti berkenaan akan menjadi Menteri Besar jika mereka berjaya menawan Perlis, hanyalah sebagai provoksi untuk menarik perhatian rakyat Perlis.

Katanya rakyat sekarang sudah boleh menilai siapa paling layak menerajui pentadbiran kerajaan negeri kerana apa yang didapati rata-rata rakyat di negeri ini sudah selesa dengan kepimpinan yang ada sekarang.

Mengenai bangunan sekolah baru yang dirasmikannya, beliau berkata bangunan tersebut mengandungi dua blok dengan setiap satu setinggi tiga tingkat dibina dengan kos RM3.7 juta.

Kedua-dua blok bangunan berkenaan siap dibina awal tahun 2007 lalu dan mula beroperasi Januari 2010 dengan menempatkan sembilan bilik darjah, sebuah bilik makmal, sebuah bilik guru, sebuah bilik pejabat dan sebuah bilik makmal komputer. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan