MCA Cabar DAP Nyatakan Pendirian Berhubung Perhimpunan Esok

Diterbitkan: Jumaat, 27 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA mencabar DAP supaya menyatakan pendiriannya berhubung perhimpunan yang dirancang di ibu negara pada Sabtu ini kerana ia dibantah oleh Naib Pengerusi DAP Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata DAP sepatutnya senada dengan Tunku Abdul Aziz, yang bimbang perhimpunan itu boleh bertukar menjadi ganas berdasarkan kepada beberapa perhimpunan jalanan di luar negara.

"Dalam hal ini, DAP perlu menjawab... siapa yang patut kita percaya? Kami mahu mereka nyatakan pendirian sebenar (berhubung perhimpunan itu)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi MCA di sini, Khamis.

Selain itu, beliau juga meminta DAP menyatakan pendiriannya berhubung tindakan kerajaan negeri Kedah menggubal undang-undang baru bagi menghalang fatwa negeri itu dicabar di mahkamah.

Dalam pada itu, Dr Chua berkata MCA akan mencadangkan kepada kerajaan supaya Ketua Wanita MCA Raub Datuk Lim Nget Yoong dilantik sebagai Senator.

Surat cadangan itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan