Jenazah Anggota Polis Akan Diterbangkan Ke Melaka Selepas Selesai Bedah Siasat

Diterbitkan: Jumaat, 27 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jenazah anggota polis yang maut terkena tembakan ketika bertugas di Istana Anak Bukit di sini petang Khamis, akan diterbangkan ke kampungnya di Melaka selepas urusan bedah siasat selesai.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata buat masa ini segala urusan berkaitan proses bedah siasat ke atas jenazah Konstabel Mohd Sobri Mohd Sidek, 22, masih berjalan.

"Bedah siasat belum selesai lagi. Selepas selesai bedah siasat baru kita tahu berapa tembakan yang dia kena," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, Jumaat.

Katanya jenazah Mohd Sobri akan diterbangkan ke Kem Batu Berendam, Melaka sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Air Pasir, Manchap Baru.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang semalam, Mohd Sobri maut dipercayai ditembak rakan setugas di pos pengawal di hadapan pintu utama istana.

Susulan kejadian, seorang suspek yang merupakan rakan setugas mangsa berpangkat Lans Koperal ditahan di rumah isterinya di Simpang Empat, Perlis kira-kira pukul 8.30 malam tadi dan dibawa ke sini untuk siasatan lanjut.

Mengulas lanjut, Ahmad memberi jaminan keselamatan istana tetap terjamin dan pihaknya akan memastikan perkara seperti itu tidak berulang.

"Semua anggota polis yang bertugas di istana akan kita lihat semula. Kita nak yang terbaik kerana ini melibatkan keselamatan istana. Kita tak boleh ambil mudah. Ini sebagai iktibar untuk kita terus memantapkan lagi sistem dan anggota.

"Kita baru nak dapatkan perintah reman (terhadap suspek) hari ini dan kita mohon jumlah reman yang maksimum," kata Ahmad.

Sementara itu, ibu Mohd Sobri, Mayah Ibrahim, 55, berkata Mohd Sobri menelefonnya hampir setiap hari dan kali terakhir adalah sebelum anaknya masuk bertugas pada 3 petang semalam.

"Saya menasihatnya supaya bekerja dengan baik. Saya juga sentiasa mengingatkannya jangan selalu pergi memancing. Dia memang suka memancing. Saya tak galakkan sebab risau dia terjatuh semasa memancing kerana saudaranya pernah lemas semasa memancing. Tak sangka pula berlaku kejadian lain," katanya.

Turut melawat keluarga mangsa ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pengarah HSB Datuk Dr Juita Ghazalie. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan