20 Klinik 1Malaysia Akan Ditambah Tahun Ini - Liow

Diterbitkan: Jumaat, 27 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Kementerian Kesihatan bercadang menambah sebanyak 20 lagi Klinik 1Malaysia pada tahun ini bagi memenuhi keperluan rakyat di seluruh negara di samping mengurangkan kesesakan di hospital.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata cadangan penambahan klinik itu secara dasarnya dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kementerian kini menunggu kelulusan rasmi mengenainya.

"Pada awalnya Perdana Menteri meluluskan penambahan 50 Klinik 1Malaysia bagi tahun ini tetapi kementerian memohon 20 buah lagi kerana terdapat banyak permintaan daripada Anggota Parlimen dan rakyat.

"Setakat ini di seluruh negara sudah ada 100 Klinik 1Malaysia yang sehingga kini telah memberi manfaat kepada lebih empat juta rakyat yang memerlukan pemeriksaan kesihatan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Klinik 1Malaysia Taman Kota Kenari di sini, Jumaat.

Beliau berkata penambahan 50 Klinik 1Malaysia membabitkan peruntukan sebanyak RM10 juta, manakala bagi 20 klinik itu ialah RM7.2 juta.

Liow berkata permohonan untuk perkhidmatan Klinik 1Malaysia akan dibuka kepada semua Anggota Parlimen dan kawasan yang memerlukan di seluruh negara.

"Dengan adanya klinik ini pesakit yang menghidap asma, demam dan sakit ringan boleh ke klinik ini dan ia akan dapat mengurangkan kesesakan di hospital yang memerlukan queue yang panjang," katanya.

Sementara itu di Kedah, katanya tiga Klinik 1Malaysia akan ditambah menjelang Jun ini iaitu di daerah Bandar Baharu, Langkawi dan Pendang.

Setakat ini terdapat tujuh Klinik 1Malaysia di negeri ini iaitu dua di Kota Setar, dua di Kuala Muda, masing-masing sebuah di Kulim, Baling dan Kubang Pasu.

Beliau berkata perkhidmatan klinik itu mendapat sambutan baik ekoran waktu operasinya yang lebih fleksibel iaitu dari pukul 10 pagi hingga 10 malam dan dibuka setiap hari. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan