SPR Tubuh Pasukan Penguatkuasa Pemantau Kempen Pilihan Raya

Diterbitkan: Khamis, 26 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Pasukan Penguatkuasa Pemantau Kempen pilihan raya akan diwujudkan di setiap kawasan parlimen pada pilihan raya ke-13 kelak bagi memastikan pilihan raya yang disifatkan paling getir dalam sejarah negara ini berjalan lancar, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Katanya, pasukan berkenaan akan dianggotai SPR, polis, pihak berkuasa kerajaan tempatan dan wakil-wakil calon yang akan bertanding.

"Setiap kawasan parlimen akan diwujudkan satu pasukan. Bagi kawasan parlimen yang luas, kita mungkin wujudkan lebih daripada satu pasukan," katanya kepada pemberita selepas memberikan taklimat berhubung pasukan penguatkuasa pemantau kempen pilihan raya ke-13 yang dihadiri parti-parti politik Pahang, di sini, Khamis.

Beliau berkata, pasukan berkenaan bertanggungjawab memastikan kempen dan aktiviti kempen yang dilakukan sepanjang tempoh berkempen itu mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Misalnya kalau ada poster atau kain rentang yang berbaur fitnah, memalukan individu, pasukan ini akan bertindak menurunkan poster atau kain rentang berkenaan," katanya.

Beliau berkata, pasukan itu akan memantau segala aktiviti berkempen, ceramah dan sebagainya bagi memastikan pilihan raya ke-13 berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Mengenai tindakan badan bukan kerajaan yang mendapat sokongan parti pembangkang merancang mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara hujung minggu ini, Wan Ahmad berkata, demonstrasi itu disifatkan sebagai tidak matang.

Beliau berkata, SPR telah melakukan pelbagai perubahan termasuk dalam memastikan proses pilihan raya di negara ini lebih telus.

"Daripada lapan tuntutan Bersih, tujuh daripadanya telah dilaksanakan SPR berdasarkan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Dengan Penambabaikan Proses Pilihan Raya, mengapa perlu berdemonstrasi lagi?," katanya.

Mengenai desakan pihak tertentu yang mahu anggota SPR meletak jawatan, Wan Ahmad menyifatkan desakan itu sebagai tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu, dan pelantikan anggota SPR adalah mengikut perlembagaan.

Mengenai pilihan raya ke-13, Wan Ahmad berkata, SPR dijangka membelanjakan lebih RM300 juta untuk melaksanakan proses pilihan raya itu nanti.

"Kita memerlukan RM300 juta, itu pun mungkin lebih, kalau ada negeri yang mahu melakukan pilihan raya negeri secara berasingan, kos itu mungkin bertambah RM100 juta lagi," katanya.

Beliau berkata, daftar pemilih yang akan diwartakan bagi suku pertama tahun ini juga bakal menyaksikan pertambahan pemilih baru seramai 2.3 juta.

"Kalau pilihan raya ke-13 diadakan pada Jun ini, pengundi baru dijangka seramai 2.3 juta, senarai pemilih baru akan dipamerkan selama 14 hari mulai 2 hingga 15 Mei ini untuk tempoh bantahan, dan selepas itu kita akan wartakan daftar pemilih itu," katanya.

Beliau berkata ketika ini, seramai 3.6 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi dikesan tidak mendaftar sebagai pemilih. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan