SPR Setuju Bertemu Pemantau Negara Asing Pilihan Pembangkang

Diterbitkan: Khamis, 26 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia mengadakan pertemuan dengan kumpulan pemantau pilihan raya dari negara asing terdiri daripada 12 individu seperti yang disarankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya menerima pelawaan untuk bertemu dengan kumpulan terbabit walaupun difahamkan mereka tidak mewakili mana-mana pertubuhan atau badan bebas antarabangsa.

"Kumpulan yang dikenali sebagai International Fact Finding Mission berhubung pilihan raya di Malaysia menulis surat kepada SPR melalui pejabat Ketua Pembangkang yang memohon untuk mengadakan pertemuan dengan SPR.

"Saya difahamkan mereka ini bukan mewakili mana-mana badan antarabangsa, sebaliknya hanya atas kapasiti individu kerana ada antara mereka ialah pensyarah universiti, pengamal media, pegawai bank, wakil rakyat termasuk senator.

"Mereka bukan NGO tetapi sekumpulan individu yang dikumpul oleh pembangkang," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Menurut beliau pertemuan tersebut dijadual diadakan di pejabat SPR di Putrajaya pada Jumaat ini.

Tambah Wan Ahmad, SPR akan menjelaskan secara terpeinci kepada kumpulan terbabit mengenai proses pilihan raya di negara ini.

"Kita tidak takut untuk berjumpa dengan mereka, SPR sedia bertemu sesiapa sahaja yang ingin memahami proses SPR mengendalikan pilihan raya," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung rancangan pembangkang membawa masuk pemantau asing tanpa persetujuan SPR.

Malah Tengku Adnan mendakwa tindakan tersebut merupakan helah awal pembangkang yang cuba dicetuskan sebagai persediaan jika mereka kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad bagaimanapun berkata SPR masih belum membuat keputusan sama ada mahu membenarkan pemantau asing dikalangan NGO untuk membuat pemantauan pilihan raya di negara ini.

Namun katanya SPR akan menjemput badan pengendali pilihan raya asing di kalangan negara-negara Komanwel bagi melakukan pemantauan pada PRU akan datang.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan