SPR Akan Buka Peluang NGO Pantau PRU-13 Tapi Tidak Untuk Mafrel

Diterbitkan: Khamis, 26 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar di negara ini bakal ditawarkan peluang memantau perjalanan proses Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, suruhanjaya itu berhasrat mempelawa beberapa NGO tempatan yang berkaitan sistem perundangan dan pilihan raya untuk bertindak sebagai pemerhati bebas.

Bagaimanapun Wan Ahmad menegaskan, SPR tidak akan membuka ruang kepada Badan Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) sekali lagi sebagai pemantau bebas.

Wan Ahmad berkata, pihaknya memutuskan untuk tidak membenarkan badan itu terlibat pada PRU akan datang.

"Kita akan lantik NGO yang bebas, objektif serta lebih bertanggungjawab daripada Mafrel untuk bersama SPR pada pilihan raya akan datang.

"Memang Mafrel pernah diberi peluang dahulu, tapi mereka gagal tepati syarat dan peraturan yang kita tetapkan. Mereka menyalahgunakan kepercayaan yang kita beri sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Menurut beliau, kali ini SPR akan membuka peluang kepada beberapa NGO yang diyakini bebas tanpa cenderung kepada mana-mana parti politik untuk melihat sendiri proses pilihan raya kendalian suruhanjaya itu.

"Kita akan lantik pasukan pemantau dalaman yang terdiri daripada NGO-NGO berdaftar yang benar-benar berminat serta memahami sistem pilihan raya di negara kita.

"Pihak SPR belum putuskan NGO mana yang akan dilantik, tapi kita akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bersama beberapa NGO yang sudah dikenal pasti...kita akan berbincang dengan mereka secara mendalam mengenai cadangan ini," katanya lagi.

Tambah beliau, kesediaan SPR melantik pemerhati pilihan raya itu bertujuan bagi memberi peluang kepada rakyat tempatan menilai sendiri ketelusan dan keberkesanan SPR.

"Kita fikirkan bahawa rakyat tempatan perlu diberi peluang untuk mengikuti proses pilihan raya dengan lebih dekat. Sebagai rakyat Malaysia, mereka berhak untuk diberi peluang ini," jelas beliau.

Selain itu, Wan Ahmad berkata suruhanjaya itu juga akan menjemput badan pengendali pilihan raya asing terutama dari negara-negara Komanwel bagi menjalankan pemantauan pilihan raya di Malaysia.

"SPR sudah bersetuju untuk menjemput badan pengendali pilihan raya luar terutamanya di kalangan negara-negara Komanwel.

"Mereka akan diberi peluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana Malaysia melaksanakan proses pilihan raya dengan adil dan telus," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan