Proton Terima Tempahan 4,300 Unit Preve

Diterbitkan: Khamis, 26 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Proton Holdings Bhd (Proton) sehingga kini menerima tempahan sebanyak 4,300 unit bagi model kereta globalnya yang pertama, Proton Preve.

Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, maklum balas daripada orang ramai terhadap Proton Preve amat menggalakkan.

"Setakat petang Selasa, jumlah tempahan adalah antara 4,000 dan 4,300 unit, menunjukkan sambutan yang menggalakkan.

"Tempahan (Proton Preve) sejajar dengan sasaran kami iaitu jualan bulanan sebanyak 4,000 hingga 4,200 unit ," katanya kepada pemberita sempena Program Merasai Pengalaman Preve di Club Med Cherating di sini.

Syed Zainal berkata, Proton masih memantau dan meneliti maklum balas mengenai model baru itu secara keseluruhan.

"Ini menunjukkan bahawa Proton bukan sahaja secara matang terhadap pengeluaran kereta tetapi turut melibatkan pengendalian isu dan masalah.

"Kami bersedia untuk berkembang, melakukan perubahan juga mengadaptasi dan Proton Preve disifatkan sebagai kereta baru kami yang terbaik sejak beberapa tahun lepas," katanya.

Menurut Syed Zainal, Proton Preve akan terus berkembang sehingga ke luar negara.

"Kami akan memulakan (pasaran) dengan Indonesia dan diikuti Thailand pada pertengahan tahun ini dan menjelang akhir tahun, kami akan memasarkannya pula di Australia.

"Kami merasakan ia adalah sesuatu yang menggalakkan dan percaya Proton Preve akan mengubah landskap jenama Proton, bukan sahaja untuk pasaran domestik bahkan juga di luar negara," katanya.

Beliau menambah, Proton Preve sebagai model kereta global itu mencerminkan transformasi Proton ke tahap lebih tinggi setelah lebih 27 tahun meneraju industri automotif negara.

Proton Preve dilancarkan pada 16 April lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan