Polis Bertanggungjawab Pastikan Ketenteraman Awam - Hishammuddin

Diterbitkan: Khamis, 26 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata polis bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam terpelihara dan tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak kerana itulah tanggungjawab polis kepada masyarakat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sekiranya pihak penganjur Bersih 3.0 tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini.

"Kita sudah bertolak ansur dan telah memberikan alternatif kepada mereka untuk mengadakan perhimpunan di tempat lain...jika mereka berdegil itu menjadi tanggungjawab polis.

"Saya harap pihak penganjur dapat berhimpun di tempat alternatif yang ditawarkan atas semangat transformasi politik dan perubahan yang dilakukan kerajaan, jadi semua pihak perlu menyumbang ke arah pembinaan demokrasi sihat dan matang," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini menolak permohonan penganjur untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka kerana perhimpunan itu tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat dan menawarkan Stadium Titiwangsa di sini, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.

Hishammuddin berharap pihak penganjur dapat menerima tempat yang ditawarkan kerana mereka masih mempunyai masa untuk menukar lokasi perhimpunan itu.

"Alasan yang diberikan oleh penganjur adalah tidak munasabah kerana mereka masih mempunyai masa untuk menukar tempat berhimpun sekiranya mereka mahu," katanya.

Jelas beliau lagi selaras dengan transformasi politik kerajaan beliau ingin menegaskan sekali lagi bahawa kerajaan tidak menghalang mereka melakukan perhimpunan atas semangat Akta Perhimpunan Aman.

Pihak polis dan pihak berkuasa bersedia memudah dan melancarkan perjalanan mereka sekiranya penganjur bersetuju untuk memilih mana-mana stadium yang telah ditawarkan.

"Namun daripada maklum balas yang kami terima pihak penganjur masih berdegil dan tetap mahu menggunakan Dataran Merdeka sebagai tempat berhimpun," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan