Pindaan Auku: Mahasiswa Perlu Lebih Bertanggungjawab - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 26 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Demi kepentingan negara, golongan mahasiswa hendaklah lebih bertanggungjawab dan tidak menyalahgunakan kebebasan berpolitik seperti yang dibenarkan dalam Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 (AUKU) untuk tujuan politik yang tidak sihat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pindaan AUKU itu menunjukkan bahawa kerajaan tidak menyekat hak dan kebebasan mahasiswa untuk berpolitik sama ada di dalam kampus atau dengan mana-mana parti politik.

"Ini ialah soal kebertanggungjawaban golongan muda kepada negara, hak keadilan tidak disekat oleh kerajaan, AUKU memberi ruang kepada demokrasi dan kebebasan, harap mahasiswa dapat menggunakan kebebasan ini untuk pembangunan negara dan bukan sekadar mainan politik," katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mengenai kesan terhadap pindaan AUKU dalam pertemuan ringkasnya dengan penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) selepas perhimpunan perdana anggota perkhidmatan awam dan belia Pulau Pinang dan dialog di Dewan Tunku Canselor, USM di sini, Khamis.

Kira-kira 6,000 orang menghadiri perhimpunan itu, terdiri daripada 4,000 penjawat awam dan bakinya merupakan golongan belia.

Pada 19 April lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegawang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus, sebahagian transformasi politik negara yang dilakukan kerajaan.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, percaya bahawa mahasiswa sekarang lebih matang dalam membuat keputusan dan sekiranya terdapat sebarang ketidakpuasan hati mereka boleh menyalurkan aduan kepada mana-mana pihak untuk tindakan selanjutnya.

"Dengan asas bantuan dan dasar yang telah kerajaan laksanakan, kita percaya bahawa mahasiswa sekarang lebih matang. Selain itu, kerajaan juga tidak boleh sekat kemajuan teknologi yang semakin berkembang," katanya.

Dalam sesi dialog itu, Muhyiddin memberi jaminan bahawa kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disediakan bagi para pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tetap diteruskan selagi ada keperluan.

Beliau berkata, isu pemansuhan PTPTN itu tidak seharusnya wujud dan diperbesarkan kerana kemudahan pinjaman itu bertujuan membantu para pelajar yang kurang berkemampuan daripada segi kewangan tetapi ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

"PTPTN sudah jadi isu besar, yang sepatutnya tidak jadi isu dan tidak dipolitikkan. Bila dipolitikkan ia jadi besar dan di luar jangkauan, kerajaan telah sediakan RM43 bilion pinjaman yang diberikan secara mudah kepada pelajar.

"Tabung begini amat diperlukan bagi meraka yang tidak mendapat kemudahan biasiswa untuk melanjutkan pengajian. Jika dimansuhkan ia ibarat telah menafikan hak orang lain yang ingin belajar," katanya.

Muhyiddin turut menyelar sikap pemimpin parti pakatan pembangkang yang menggunakan isu PTPTN semata-mata untuk meraih sokongan rakyat demi kepentingan diri sendiri.

"Kalau sudah tidak ada tabung, nak pinjam apa... jadi jangan terpengaruh dengan pihak yang cuba meraih sokongan untuk pilihan raya. Pelajar IPT semua waras dan boleh berfikir... tidak mungkin mereka buat perkara yang negatif.

"Dasar untuk sediakan tabung ini akan diteruskan selagi ada keperluan, buat apa kita nak layan nafsu buas dan rakus sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan