Perhimpunan: Alasan Tidak Punya Masa Untuk Tukar Venue Tidak Munasabah

Diterbitkan: Khamis, 26 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Alasan pengajur perhimpunan Sabtu ini bahawa mereka kesuntukan masa untuk menukar venue dari Dataran Merdeka ke stadium-stadium sekitar bandar raya ini adalah tidak munasabah, kata sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Presiden Pertubuhan Agenda Sosial Media 1Malaysia (1AGENDA) Zul Azhar Cha berkata mereka seharusnya mudah mewar-warkan perubahan venue kerana kebanyakan mereka menggunakan laman interaktif seperti Twitter, Facebook dan blog mengenai perhimpunan itu.

"Saya yakin mereka mempunyai niat buruk untuk dijadikan modal atau isu bagi memudahkan kempen mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, kerana menyedari mereka sudah ketandusan isu yang boleh menidakkan sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan tiga buah stadium iaitu Stadium Badminton dan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras serta Stadium Titiwangsa di Taman Tasik Titiwangsa.

Sementara itu pemilik Stadium Merdeka, Merdeka Heritage Trust juga turut sedia mempertimbangkan permohonan penggunaan stadium itu serta Perbadanan Stadium Malaysia turut menawarkan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Zul Azhar berkata jika perhimpunan terus diadakan di Dataran Merdeka, para peniaga di sekitar kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman akan terjejas dan akan memberi imej yang buruk kepada negara.

"Saya menyeru kepada semua rakyat yang cintakan keamanan, agar tidak menyertai perhimpunan ini kerana ia banyak membawa keburukan dari kebaikan," katanya.

Sementara itu, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas berkata ketegasan penganjur untuk meneruskan perhimpunan itu di Dataran Merdeka kerana kurang yakin mereka akan dapat sokongan besar jika diadakan di stadium.

Penganjur bimbang jika perhimpunan diadakan di stadium atau kawasan tertutup, tidak ramai yang akan menghadiri perhimpunan tersebut, katanya.

"Tindakan mereka ini yang terus ingin berhimpun di tempat terbuka sebenarnya hanyalah untuk menumpang 'crowd' di sekitar kawasan Dataran Merdeka," katanya kepada Bernama di sini, Khamis. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan