Penutupan Sementara Dataran Merdeka Bermula Esok Hingga Ahad

Diterbitkan: Khamis, 26 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuatkuasa 6 pagi esok sehingga 6 pagi Ahad ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan, Khamis, berkata penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.

DBKL sebelum ini menolak permohonan penganjur satu perhimpunan yang mahu mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka Sabtu ini kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.

DBKL telah menawarkan Stadium Titiwangsa di sini, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.

Perbadanan Stadium Malaysia juga dilaporkan bersedia menawarkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai lokasi perhimpunan manakala pemilik Stadium Merdeka, Merdeka Heritage Trust, juga dilaporkan bersedia mempertimbangkan permohonan penggunaan stadium itu sebagai lokasi perhimpunan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan