Pengerusi NFCorp Akui Beli Hartanah KL Eco City Tapi Bukan Dengan Cagaran Dana Kerajaan

Diterbitkan: Khamis, 26 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengakui membuat pembelian peribadi hartanah mewah di KL Eco City namun menegaskan tidak menggunakan dana pinjaman mudah kerajaan sebanyak RM250 juta bagi memudahkan proses pinjaman bank.

Tegas beliau lagi, pembelian hartanah peribadi itu dibuat tanpa menggunakan pinjaman bank seperti yang didakwa Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli.

"Mohd Rafizi sengaja kelirukan media dan orang ramai dengan fakta yang tidak betul. Hakikatnya tiada sebarang pinjaman dibuat bagi pembelian tersebut," katanya menerusi satu kenyataan di sini, Khamis.

Malah Mohamad Salleh turut memfailkan laporan polis terhadap Mohd Rafizi kerana memfitnahnya.

Sebelum ini Mohd Rafizi mendakwa Mohamad Salleh menggunakan pinjaman mudah oleh kerajaan bagi memudahkan pembelian lapan hartanah komersial di KL Eco City.

Mohd Rafizi yang memetik dokumen bank, sebahagiannya diedarkan kepada wartawan, mendakwa unit kedai KL Eco City itu dibeli pada nilai tebusan pinjaman RM9.69 juta.

Dalam pada itu menerusi laporan polis itu juga, Mohamad Salleh menyatakan Mohd Rafizi secara berterusan mempertikaikan kedudukan kewangannya hingga mendakwa tidak layak mendapatkan pinjaman bank, membuat pinjaman bank menggunakan deposit pinjaman kerajaan serta membuat pinjaman peribadi bagi pembelian hartanah di KL Eco City.

Selain itu suami kepada bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rafizi kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

"Kita sudah berhubung dengan pihak peguam bagi mengambil tindakan terhadap fitnah yang dilemparkan Mohd Rafizi," katanya.

Selain itu menerusi laporan polis yang sama, Mohamad Salleh menggesa polis dan Bank Negara Malaysia menyiasat berhubung kesalahan pelanggaran Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (BAFIA) kerana pendedahan maklumat kewangan peribadi.

Katanya Mohd Rafizi pada 7 Mac lalu membuat kesalahan demikian apabila mendedahkan kepada media dan orang awam maklumat perbankan dan penilaian kredit NFCorp.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan