Niz Aziz Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM Siasat AKSB

Diterbitkan: Khamis, 26 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kerajaan PAS negeri Kelantan bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dana melibatkan jutaan ringgit oleh agensi bekalan airnya, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

"Sudah tiba masanya bagi SPRM untuk menjalankan siasatan rapi ke atas kes itu. Pintu pejabat saya dibuka 24 jam dan berharap siasatan itu akan membantu membersihkan nama kami," kata Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas melancarkan dana pembinaan Masjid Al-Ihsan di sini Rabu.

Nik Aziz mengulas mengenai satu serbuan yang dilakukan oleh SPRM apabila beliau mempengerusikan mesyuarat AKSB pada Selasa.

Pegawai-pegawai SPRM telah datang untuk mendapatkan bukti dan kenyataan daripada kakitangan AKSB selepas badan bukan kerajaan (NGO), Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, membuat laporan bahawa kerajaan negeri itu gagal menyelesaikan masalah air sejak lebih 22 tahun lalu.

SPRM meminta AKSB untuk menyediakan lebih banyak dokumen bagi membantu siasatan.

Nik Abdul Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS berkata, siasatan itu tidak akan menjejaskan imej atau prestasi parti sebelum pilihan raya umum akan datang.

"Kami tahu siapa yang membuat laporan itu dan segalanya terpulang kepada rakyat sama ada untuk mempercayai dakwaan itu. Perjuangan kami sentiasa berlandaskan nilai-nilai Islam dan saya percaya rakyat akan menilai sendiri," katanya.

Beliau juga berkata, pinjaman sebanyak RM597 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah bekalan air tidak mencukupi kerana wang telah diberikan secara ansuran.

"Ia mungkin kedengaran banyak tetapi kami mendapat pembiayaan secara berperingkat-peringkat. Kerja (untuk menaik taraf loji rawatan air) juga ditangguhkan kerana kontraktor dipilih telah ditolak oleh Kerajaan Persekutuan," katanya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan