Naib Pengerusi DAP Bantah Perhimpunan Umum Sabtu Ini

Diterbitkan: Khamis, 26 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Pengerusi DAP Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim secara terbuka membantah perhimpunan yang dirancang di Dataran Merdeka Sabtu ini dengan khuatir acara itu boleh bertukar ganas.

Katanya beliau tidak membantah sebarang perhimpunan aman tetapi secara prinsip, beliau membantah sebarang tindakan yang boleh mejurus kepada pelanggaran undang-undang.

Beliau berkata berdasarkan pengalaman walaupun demonstrasi sentiasa bermula dengan aman tetapi dalam kebanyakan kes ia mempunyai kecenderungan bertukar ganas.

"Sekiranya sesuatu berlaku, siapa yang akan bertanggungjawab? Individu atau penganjur tidak akan berada di sana.

"Siapa yang akan menjaga mereka yang maut dan mengalami kecederaan...orang yang kena pijak. Kecederungan untuk menyalahkan pihak berkuasa ada dan saya fikir ini tidak adil," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Khamis.

Terdahulu ketika membahaskan titah ucapan yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada persidangan Dewan Negara, Abdul Aziz berkata:

" Walaupun saya dari pembangkang, bukan semua pembangkang sokong badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang itu.

Ditanya mengenai kedegilan penganjur mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka walaupun permohonan mereka ditolak oleh Dewan Dandaraya Kuala Lumpur (DBKL), ahli Dewan Negara itu berkata sepatutnya penganjur akur dan menerima sebarang venue alternatif yang ditawarkan oleh pihak berkuasa.

Kerajaan telah menawarkan Stadium Merdeka, Stadium Titiwangsa, Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras dan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi penganjur mengadakan perhimpunan mereka.

Abdul Aziz, yang menyertai DAP pada 2008, berkata terdapat cara lain bagi pembangkang menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai penambahbaikan daftar pemilih termasuk melalui proses berparlimen.

"Saya telah membangkitkan kebimbangan saya ini dengan rakan dalam parti tetapi apa yang parti inginkan...ia adalah keputusan parti," jelasnya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan