Kerajaan Beri Perhatian Sama Rata Terhadap Semua Jenis Sekolah - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 26 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan dakwaan pembangkang yang mengatakan kononnya kerajaan pusat tidak memberi bantuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana kerajaan sentiasa memberikan peruntukan sama rata kepada setiap sekolah serta memberi penekanan kepada soal pendidikan sebagai perkara utama.

"Soal pendidikan penting. Kalau ada orang mengatakan Menteri Pelajaran orang Melayu, dia tak suka orang Cina, ini tidak betul. Muka saya memang orang Melayu, tapi hati perut saya orang Malaysia.

"Sekolah Cina pun saya bantu, sebab tu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina kita tolong. Hari ini saya hendak umum kita nak bagi RM1.5 juta untuk sekolah di kawasan Batu Kawan. Saya juga setuju untuk bantu sekolah Tamil di sini," katanya ketika berucap di Majlis Perjumpaan 1Malaysia dengan penduduk Parlimen Batu Kawan di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan sentiasa memberi perhatian pada setiap 8,500 buah sekolah kebangsaan, 1,200 buah SJKC dan 500 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

"Untuk masa depan, kita akan beri perhatian pada soal pendidikan. Perdana Menteri bagi peruntukan yang besar pada saya tapi tidak cukup. Kita akan tambah, pada tahun depan, kita bajet kalau dapat tambah kita boleh bina sekolah," katanya.

Beliau berkata kerajaan tidak akan berhenti untuk melakukan perubahan bagi memastikan masa depan rakyat terus terpelihara. Muhyiddin berkata sambutan penduduk di Batu Kawan terhadap program anjuran BN menunjukkan peningkatan dengan jumlah penduduk yang hadir hampir 10,000 orang.

Beliau berharap BN akan menebus kembali kekalahannya pada pilihan raya umum yang lepas dan berharap sokongan itu berterusan sehingga pilihan raya umum yang akan datang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan