Gaji Minimum Sektor Swasta Akan Diumum Isnin Depan - Berita Semasa | mStar

Gaji Minimum Sektor Swasta Akan Diumum Isnin Depan

Diterbitkan: Khamis, 26 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Gaji minumum untuk sektor swasta akan diumumkan secara rasmi oleh perdana menteri pada Isnin depan iaitu sehari menjelang sambutan Hari Pekerja.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia, pengumuman itu akan dibuat dalam satu majlis yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) pada jam 8 malam.

Pihak pekerja dan majikan masing-masing telah bersepakat dengan jumlah gaji minimum yang dipersetujui itu.

Polisi gaji minimum itu dijangka membawa faedah kepada 3.2 juta pekerja dalam sektor swasta khususnya dalam sektor industri kecil dan sederhana yang mana sebahagian besarnya berpendapatan kurang dari RM700 sebulan.

Mereka dikatakan mewakili 33 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja swasta yang kini berada di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan RM763 sebulan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan