Azam Tani Bawa 7,632 Keluarga Miskin Keluar Dari Belenggu Kemiskinan

Diterbitkan: Khamis, 26 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Seramai 7,632 peserta 1Azam di bawah inisiatif AZAM Tani menerima bantuan kerajaan bagi mengusahakan pelbagai tanaman sehingga tahun lepas, dan mereka kini berjaya memperoleh pendapatan lebih baik di samping menikmati kehidupan lebih selesa.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia merupakan salah satu kisah kejayaan kerajaan dalam membawa keluarga miskin tegar dan miskin, keluar dari belenggu kemiskinan.

Beliau berkata program itu memberi tumpuan kepada usaha mewujudkan peluang ekonomi di samping meningkatkan produktiviti isi rumah berpendapatan rendah, dan kerajaan bukan sahaja berhasrat membawa mereka keluar dari kepompong kemiskinan buat seketika, tapi secara lebih mampan, iaitu supaya mereka dapat terus berdikari.

Berucap pada majlis pelancaran Projek Blue Ocean Strategy 3 (NBOS3) di Sepang di sini Perdana Menteri berkata program 1Azam yang merupakan salah usaha kerajaan meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah yang diletakkan di bawah salah satu daripada tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), diperkenalkan di bawah inisiatif Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) dibahagikan kepada enam inisiatif iaitu AZAM Tani yang memberi tumpuan mengenai pertanian dan aktiviti berasaskan pertanian, AZAM Niaga (perniagaan kecil), AZAM Kerja (penyesuaian kerja/ penempatan kerja), AZAM Khidmat (perkhidmatan, bekerja sendiri); dan 1AZAM Sabah dan 1AZAM Sarawak yang meliputi semua inisiatif itu.

Najib berkata kerajaan memperkenalkan GTP supaya bukan sahaja sistem penyampaian kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan, tapi bidang-bidang yang diberi keutamaan juga menepati kehendak rakyat, terutama daripada segi apa yang boleh dilakukan untuk meringankan beban rakyat dan mmemberi kepuasan kepada mereka.

Beliau berkata sebagai pendekatan lebih kreatif, kerajaan turut melaksanakan strategi lautan biru khusus untuk melihat kejayaan setiap projek yang dilaksanakan dicapai dengan lebih pantas, dan membabitkan kos paling minimum.

Menurutnya empat unsur penting dalam strategi itu ialah menghapuskan pertindihan atau pembaziran, melenyapkan kerenah birokrasi, mengurangkan kos dalam setiap projek, mewujud dan menambah peluang untuk disertai ramai kumpulan sasaran.

Najib berkata banyak contoh kisah-kisah kejayaan yang berjaya dilahirkan daripada program Azam Tani, di mana peserta yang mengusahakan tanaman seperti cili, cendawan, sayur-sayuran, projek ikan patin serta ayam kampung, kini didapati berjaya keluar daripada belenggu kemiskinan.

Merujuk kepada projek pertanian Berteknologi Tinggi di bawah NBOS3 yang menjadi tapak pelancaran NBOS3 hari ini, Najib berkata projek itu menyaksikan kerjasama tiga pihak dalam menjayakannya iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang menjadi agensi pelaksana, Kementerian Pertahanan yang menyediakan kawasannya, dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan pembiayaannya.

Seramai 400 peserta terlibat dalam Projek Azam Tani di atas kawasan seluas tiga hektar di Km6.8 Jalan Nilai-KLIA itu yang membabitkan penanaman rock melon dalam ruang khas yang dinamakan rumah pelindung hujan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan