AirAsia Sangkal Tuduhan Tidak Mahu Guna KLIA2

Diterbitkan: Khamis, 26 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd menafikan tuduhan ia memilih untuk kekal beroperasi di Terminal Penerbangan Tambang rendah (LCCT) sementara, dan tidak akan berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Pengarah Komersilnya Jasmine Lee berkata syarikat penerbangan tambang rendah itu tidak tahu mengenai tuduhan baharu itu, sambil menambah malahan pengurusan tertinggi tertanya-tanya tentang dakwaan baharu itu, di mana Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah memberi reaksinya pada Selasa.

"Oleh kerana AirAsia tidak tahu menahu tentang keengganan berpindah daripada lapangan terbang yang 'sesak' sekarang, MAHB merupakan pihak yang sesuai untuk menjelaskan kepada sumber-sumber tuduhan itu," katanya kepada Bernama hari ini.

"Kami tidak tahu dari mana datangnya (tuduhan) itu. Malahan apabila kami meminta Tan Sri Tony Fernandes (Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia) untuk mengulas mengenai tuduhan itu, beliau enggan sambil menyatakan MAHB merupakan pihak yang sesuai untuk menjelaskannya kerana muktahir ini kami tidak pernah membuat sebarang kenyataan tentang KLIA2.

"Setelah mengambil kira semuanya, sekiranya kami tidak berpindah ke KLIA2, kami tidak mempunyai lapangan terbang alternatif," katanya.

Pada Selasa, Pengerusi MAHB Tan Sri Dr Aris Othman menjawab tuduhan bahawa AirAsia mungkin tidak berpindah ke LCCT baharu, KLIA2, dengan menyatakan ia terserah kepada syarikat penerbangan itu untuk memutuskan sama ada untuk beroperasi dari KLIA2 atau tidak.

"Kami hanya penyedia perkhidmatan. Kami menyediakan prasrana. Tetapi syarikat penerbangan perlu memutuskan sama ada mereka mahu menggunakannya atau tidak.

"Tapak LCCT sekarang sememangnya hanya untuk sementara kerana ia adalah kawasan kargo. Lambat laun syarikat penerbangan tidak boleh lagi beroperasi di sana kerana ia semakin sesak. Operasi kargo perlu dikembangkan. Jadi mereka kena berpindah," beliau dipetik sebagai berkata.

Aris menambah LCCT baharu itu bukan hanya bagi AirAsia tetapi juga bagi syarikat penerbangan tambang rendah lain. KLIA2 dijangka dibuka April tahun depan, dengan 50 peratus pembangunan telahpun siap setakat ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan