Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke Pusara RAMD Sempena Ulang Tahun RAMD Ke-79 - Berita Semasa | mStar

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke Pusara RAMD Sempena Ulang Tahun RAMD Ke-79

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Rabu berkenan menghadiri majlis tahlil dan doa selamat di Pusara Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di sini.

Majlis tersebut didakan sempena hari ulang tahun RAMD ke-79.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Pengerusi RAMD, Lt Jen Datuk Zulkiple Kassim, Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Datuk Razali Ahmad serta para pegawai kanan RAMD.

Selesai majlis tahlil dan doa selamat yang dipimpin Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera, Brig Jen Datuk Mustafa Abdul Manaf, Seri Paduka Baginda yang juga selaku Kolonel Yang Dipertua RAMD merenjis air mawar dan menabur bunga rampai di atas pusara parajurit.

Tuanku Abdul Halim kemudian berangkat ke majlis sembah mengadap Pahlawan RAMD dan majlis santapan tengah hari di Wisma Perwira RAMD sebelum berangkat pulang ke Istana Negara, Kuala Lumpur.

Pada majlis sembah mengadap, seramai 16 orang penerima Pingat Gagah Berani (PGB), dua penerima Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan seorang veteran RAMD, menerima cenderahati daripada baginda.

Terdahulu Seri Paduka Baginda berangkat ke acara Hari Memperingati Pahlawan RAMD di Dataran Askar Melayu, Pusat Latihan Asas Tentera Darat. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan