Senator Cadang PTPTN Beri Diskaun Kepada Penuntut Peroleh Ijazah Kelas Kedua

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Senator Noriah Mahat pada Selasa mencadangkan kerajaan supaya memberi pengurangan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 30 peratus daripada jumlah pinjaman kepada penuntut yang berjaya mendapat ijazah Kelas Kedua Atas.

Beliau berkata langkah itu boleh menggalak pencapaian cemerlang pendidikan di kalangan penuntut kolej dan universiti.

Buat masa ini, katanya hanya penuntut Kelas Pertama yang layak memohon untuk menukar pinjaman PTPTN mereka kepada bentuk biasiswa.

"PTPTN dianggar telah melupuskan pinjaman sebanyak RM339 juta bagi pelajar yang mendapat ijazah Kelas Pertama yang kebanyakannya adalah pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS)," katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muad'zam Shah pada persidangan Dewan Negara di sini.

Beliau berpendapat adalah wajar jika penukaran daripada pinjaman kepada biasiswa hanya diberi kepada penuntut di institusi pengajian tinggi awam manakala penuntut IPTS yang mendapat ijazah Kelas Pertama diberi diskaun 50 peratus daripada jumlah pinjaman.

Mengenai kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Noriah mengesa Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menghentikan serta-merta rancangan yang menyiarkan watak pondan dan lelaki lembut serta apa-apa rancangan televisyen yang berkaitan dengan LGBT.

"Ini bagi menggelak penularan gejala negatif LGBT yang tidak diterima oleh mana-mana agama pun di dunia. Meskipun hanya suara yang ditayangkan dan didengar, tapi kesannya seolah-olah masyarakat negara ini mengiktiraf golongan ini," katanya. Sementara itu, Senator Datuk Syed Ibrahim Kader dalam perbahasannya meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjelaskan status masyarakat India-Muslim di negara ini dan mengapa mereka tidak diiktiraf sebagai bumiputera.

Menurutnya adat, cara hidup dan pegangan agama India-Muslim di negara ini tidak berbeza dari masyarakat Melayu selain mereka turut menyumbang dalam pembangunan negara ini seperti kaum lain.

Persidangan Dewan disambung esok. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan