PM Sudah Buktikan Kemampuan Tadbir Negara Dengan Baik - Musa - Berita Semasa | mStar

PM Sudah Buktikan Kemampuan Tadbir Negara Dengan Baik - Musa

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUDAT: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang baru tiga tahun mengambil alih tampuk pemerintahan negara, sudah membuktikan kemampuannya mentadbir negara ini dengan baik, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata ini terbukti dengan pelbagai program yang diperkenalkan untuk kebaikan rakyat termasuk gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA).

Selain itu, katanya kerajaan Pusat turut memperkenalkan Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M), Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) dan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia).

"Kini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diberikan yang saya percaya turut memberikan manfaat kepada ramai rakyat di kawasan Kudat ini.

"Begitu juga dengan bantuan persekolahan RM100; baucar buku (RM200) untuk anak-anak di sekolah dan institut pengajian tinggi. Kesemua ini adalah untuk meringankan beban rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan ketua-ketua masyarkat zon Kudat, di sini, Rabu.

Musa berkata Perdana Menteri turut menyalurkan peruntukan yang besar untuk Sabah termasuk dalam bidang pendidikan, keselamatan, kesihatan, pertanian, ekonomi dan luar Bandar.

Beliau berkata kerajaan Barisan Nasioanl (BN) mempunyai rekod pencapaian amat membanggakan yang menyaksikan banyak projek dan program pembangunan yang dilaksanakan untuk kemudahan rakyat.

"Kita diiktiraf oleh pemimpin luar yang datang melawat, yang nyata begitu kagum dengan kemajuan dan kemakmuran negara serta keharmonian rakyat kita," katanya.

Musa berkata kerajaan BN akan terus memikirkan dan melaksanakan lebih banyak usaha pembangunan dan akan terus menunaikan janji untuk memajukan seluruh negeri Sabah khususnya bahagian Kudat.

Katanya pilihan raya umum akan datang amat penting untuk masa depan rakyat dan negara.

"Oleh itu, jangan salah pilih, jangan silap percaturan. Jangan gadai masa depan kita semata-mata untuk kepentingan peribadi pemimpin tertentu," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan