PM Perkenal Tiga Strategi Pelan Halatuju Bakat 2020

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pelan Halatuju Bakat 2020 diwujudkan bagi mendapatkan bakat terbaik untuk memenuhi pembangunan di Malaysia, terutamanya dalam bidang kritikal Program Transformasi Ekonomi.

Pelan yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi merangka strategi untuk mengoptimumkan bakat di Malaysia, menjadi penarik dan pemudah cara kepada bakat global serta membina rangkaian terbaik memacu perubahan ekonomi negara.

Perdana Menteri berkata, strategi pertama menumpukan kepada mengiktiraf bakat terbaik dalam menjana pertumbuhan bakat baru untuk memenuhi keperluan pembangunan pada masa hadapan.

"Strategi kedua mengenal pasti bahawa keperluan ekonomi yang berubah dengan pantas, rakyat Malaysia di luar negara dan bakat asing merupakan sumber penting untuk membantu negara ini memacu transformasi.

"Strategi ketiga adalah berhubung dengan TalentCorp dalam membina rangkaian bagi mendapatkan bakat terbaik terutama sektor membabitkan usaha sama awam dan swasta," katanya pada perasmian Pelan Halatuju Bakat 2020 di sini, Selasa.

Untuk mengoptimumkan bakat di negara ini, termasuk menarik minat graduan untuk memasuki alam pekerjaan, Najib berkata, TalentCorp akan menggunakan pendekatan serampang tiga mata untuk mewujudkan kesedaran mengenai peluang pekerjaan dan karier, membantu peralihan daripada bidang akademik ke alam pekerjaan dan mengoptimumkan bakat sedia ada menerusi pengurusan strategik pelajar tajaan kerajaan.

Najib turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju melanjutkan potongan cukai berganda kepada syarikat minyak dan gas seperti ditakrifkan mengikut Akta Cukai Pendapatan Petroleum (PITA) 1967.

"TalentCorp dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) akan menyelaras program meningkatkan kemahiran untuk graduan bagi memastikan semua latihan sumber tenaga kerja dilaksana mengikut keutamaan bidang kerja.

"Program ini dijangka memberi manfaat kepada sekitar 10,000 graduan setahun, khususnya jurutera dengan peruntukan RM200 juta membabitkan pelbagai kementerian," katanya.

Najib turut mengumumkan bahawa penerima biasiswa ke universiti bermula tahun ini ini akan dikehendaki mematuhi perjanjian dengan berkhidmat untuk negara sama ada di sektor awam atau swasta yang diluluskan.

Pada majlis tersebut, TalentCorp menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sementara itu, Najib berkata, TalentCorp, KDN dan Jabatan Imigresen akan bekerjasama dalam hal berkaitan polisi ekspatriat.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan