PM Dijangka Umum Durian Runtuh Untuk Peneroka Felda 8 Mei

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERANG: Durian runtuh yang dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada para peneroka Felda sebelum penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dijangka diumumkan pada 8 Mei ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata pengumuman dijangka dibuat semasa program perdana menteri bersama peneroka di Felda Jengka 8, Jerantut, Pahang.

"Durian runtuh ini dalam dua bentuk, wang tunai dan saham. Kita tunggu dan lihat berapa banyak akan diberikan," katanya semasa berucap dalam perjumpaan dengan peneroka Felda Lubok Merbau dekat sini Selasa. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan