Penganjur Perhimpunan Diminta Terima Lokasi Alternatif Jika Ikhlas - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Rabu meminta penganjur satu perhimpunan di ibu kota hujung minggu ini supaya menerima lokasi alternatif yang ditawarkan kerajaan dan bukan di Dataran Merdeka sekiranya mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan maksud di sebalik perhimpunan itu.

"Kita tidak menolak mereka melakukan perhimpunan, kita cuma menolak mereka menggunakan Dataran Merdeka dan kita memberi empat pilihan lain.

"Jika mereka benar-benar ikhlas mahu adakan perkara ini (perhimpunan) mengapa tidak fikirkan cara dan berbincang secara baik daripada sibuk mencari pelbagai alasan yang langsung tidak masuk akal yang tidak jelas serta konsisten.

"Sekarang mereka bagi alasan tiada masa (memindahkan lokasi perhimpunan) saya rasa orang ramai tidak boleh menerima alasan yang tidak masuk akal.. dan hal ini jelas sekali," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Menara 1, Bukit Aman, di sini, Rabu.

Kerajaan menawarkan empat lokasi perhimpunan iaitu Stadium Cheras, Stadium Merdeka, Stadium Bukit Jalil dan Stadium Titiwangsa namum penganjur perhimpunan itu yang disokong pembangkang tetap berkeras untuk mengadakannya di Dataran Merdeka.

Hishammuddin berkata bukan niat kerajaan untuk menghalang perhimpunan aman seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman sebaliknya kerajaan cuba dengan sedaya-upaya untuk berlaku adil terhadap mana-mana permintaan yang dikemukakan.

"Saya memberi jaminan sekiranya mereka mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka misalnya perjalanan mereka ke tempat itu menjadi lebih mudah dan tidak terganggu," katanya

Beliau berkata sekiranya penganjur perhimpunan tetap berdegil mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka maka pihaknya akan menggunakan cara lain bagi mengatasi perkara tersebut.

Hishammuddin turut meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perhimpunan tersebut dan menyebarkan segala khabar angin yang tidak bertanggungjawab.

"Banyak cerita-cerita yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan jangan ambil tindakan terburu-buru sehingga ia disahkan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan