PAS Letak Nama Calon Di Semua Kerusi Parlimen, DUN Perlis

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: PAS Perlis menghantar senarai nama bakal calon bagi semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu kepada PAS Pusat sebagai persediaan parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Pesuruhjaya PAS negeri Hashim Jasin berkata tindakan mereka menyenaraikan nama di semua kerusi adalah sebagai persiapan "kalau-kalau terjadi sesuatu" dalam soal calon di kalangan parti-parti pembangkang di negeri ini, yang memerlukan pengisian dibuat di kalangan calon-calon PAS.

Bercakap kepada Bernama di sini, Hashim, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sanglang, berkata DAP mungkin sedang berbincang dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pengagihan kerusi dan PAS hanya membuat persiapan yang perlu.

Perlis mempunyai tiga kerusi Parlimen yang semuanya dimenangi Barisan Nasional (BN) dan 15 kerusi DUN dengan dua kerusi dimiliki PAS iaitu Sanglang diwakili Hashim dan Simpang Empat diwakili Rus'sele Eizan, pada pilihan raya umum lalu.

Mengenai calon PAS yang dicadangkan, Hashim berkata calon-calon berkenaan meliputi pelbagai peringkat termasuk golongan ulama, muda dan profesional.

Beliau turut mengesahkan bahawa Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Harun Din turut disenaraikan untuk bertanding namun tidak menyatakan kawasan yang akan ditandingi.

Hashim berkata keadaan kesihatan Harun sekarang membolehkannya bertanding walaupun baru sahaja pulih daripada menjalani satu pembedahan di luar negara.

Mengenai kedudukannya, Hashim yang sudah berusia 72 tahun berkata nama beliau turut dimasukkan dan dihantar kepada PAS Pusat serta terserah kepada pucuk pimpinan parti menentukannya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan