Muhyiddin Lawat Pulau Pinang Esok

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang pada Khamis.

Beliau yang dijadual tiba pada pukul 9.30 pagi akan memulakan aturcaranya dengan bertemu lebih 5,000 anggota perkhidmatan awam pada Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Bersama Timbalan Perdana Menteri di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang dalam kenyataan di sini Rabu berkata Timbalan Perdana Menteri akan makan tengah hari bersama ribuan rakyat pada Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di tapak pasar malam Persiaran Mahsuri di Bayan Baru.

Muhyiddin juga akan merasmikan My Carnival NGO 1Malaysia anjuran Persatuan Kemajuan Insan Malaysia (Kesan) di Politeknik Seberang Perai di Permatang Pauh dekat sini serta melancarkan lagu ciptaan komposer Datuk Wah Idris "U I Believe".

Beliau kemudian akan menghadiri majlis Sepetang Bersama Penduduk Parlimen Batu Kawan di tapak pasar malam perkampungan Juru dan menyampaikan bantuan BR1M kepada penduduk pelbagai kaum di kawasan berkenaan sebelum berlepas pulang ke ibu negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan