Klinik Gigi Bergerak 1Malaysia Diwujudkan Tidak Lama Lagi - Liow

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BENTONG: Klinik Gigi Bergerak 1Malaysia (KGB1M) akan diperkenalkan tidak lama lagi bagi membolehkan penduduk luar bandar di seluruh negara mendapat rawatan pergigian dan penjagaan gigi yang lebih baik dan teratur.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata klinik bergerak itu akan memulakan perkhidmatannya bulan depan bermula di daerah Lipis sebelum ia diperluaskan perkhidmatannya di daerah lain di negeri Pahang dan seluruh negara.

Katanya, perkhidmatan klinik gigi bergerak dilaksanakan berikutan kejayaan Klinik Bergerak 1Malaysia (KB1M) yang berjaya memberikan perkhidmatan kepada lebih 50,000 penduduk luar bandar di negeri Pahang sejak ia mula dilancarkan pada Mei tahun lalu.

"Selain memberikan rawatan kepada penduduk di kampung-kampung tradisional, perkhidmatan KB1M turut meliputi kawasan ladang dan penempatan Orang Asli," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Klinik Kesihatan Chemomoi yang bernilai RM12.9 juta di sini, Rabu.

Klinik berkenaan dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang Datuk Hoh Khai Mun dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abd Rahman.

Liow berkata kerajaan juga akan membina klinik yang bertaraf klinik desa atau klinik kesihatan dalam lingkungan setiap lima kilometer bagi memudahkan penduduk mendapat rawatan yang lebih cepat.

Selain itu, beliau turut menasihati rakyat supaya bertanggungjawab terhadap kesihatan diri masing-masing dan tidak boleh mengharap kepada klinik semata-mata.

"Masalah kegemukan akan membawa pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti kencing manis, darah tinggi dan penyakit kronik yang lain.

"Selain mengamalkan makanan yang sihat, jangan tunggu sampai sakit baru datang ke klinik, kalau tidak sakit pun kita boleh datang untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan mendapat rawatan kaunseling," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan