Isu Air: Nik Aziz, Exco Didesak Letak Jawatan

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri, Mej (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman didesak supaya meletak jawatan kerana gagal menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang dihadapi rakyat negeri ini.

Desakan itu dibuat Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) yang berpendapat kedua-dua pemimpin itu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan tersebut.

Pengerusi MTRK Azmi Ali berkata jika tiada tindakan positif diambil untuk menyelesaikan masalah itu, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran di Kota Baharu untuk mendesak mereka berundur.

"Rakyat Kelantan tak harap menara berpusing, lebuhraya bertingkat...kami hanya mahu air bersih. Slogan yang PAS bawa iaitu Negara Berkebajikan, tapi masalah air pun tak dapat selesai. Rakyat Kelantan sangat tertekan dengan masalah ini," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Akhbar hari ini melaporkan beberapa pegawai dari SPRM hadir di pejabat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di Kota Baharu, kira-kira pukul 10 pagi Isnin lepas, untuk memulakan siasatan mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dalam syarikat pengurusan air berkenaan.

Ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar mengatakan bahawa Anizam menganggap masalah air itu sebagai perkara remeh, Azmi berkata: "Air adalah satu keperluan hidup yang amat penting. Kalau air tak ada, sebarang aktiviti kita tak boleh buat". - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan