Hutang Negeri Sembilan Dengan Kerajaan Persekutuan Berjumlah RM1.44 Bilion - MB

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Jumlah hutang kerajaan Negeri Sembilan dengan kerajaan persekutuan sehingga 31 Disember tahun lepas ialah RM1.440 bilion, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM1.188 bilion ialah hutang projek bekalan air.

"Hutang berkenaan air ini akan kita lupuskan dengan kerajaan persekutuan kerana kita telah buat perjanjian kerjasama di mana melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, kita telah meminda enakmen air kita pada tiga tahun lepas dan air kini diuruskan bersama antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

"Dengan balasan (melalui kerjasama ini), semua hutang-hutang kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan yang bersangkut-paut dengan air akan diambil alih oleh kerajaan persekutuan," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Loke Siew Fook (DAP-Lobak) yang ingin tahu status kedudukan terkini hutang kerajaan negeri dan sama ada hutang projek bekalan air kepada kerajaan persekutuan telah dimansuh secara keseluruhan seperti yang dijanjikan dalam pakej penstrukturan semula industri air.

Mohamad berkata sebelum ini kerajaan negeri mempunyai hutang dengan kerajaan persekutuan hampir RM3 bilion, bagaimana pun jumlah itu berjaya dikurangkan dengan menjalankan kerjasama dalam projek pembinaan empangan loji bekalan air di negeri ini.

Beliau berkata kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan persekutuan sedang membina sebuah lagi empangan iaitu Empangan Sungai Triang yang mengandungi loji pemprosesan air bagi menampung keperluan air di negeri ini.

Katanya, apabila selesai kelak hutang kerajaan negeri yang ditanggung dalam projek itu akan diserah kepada kerajaan persekutuan sekaligus mengurangkan lagi jumlah hutang semasa.

Beliau berkata apabila semua hutang berkaitan pengurusan air selesai diserahkan, Negeri Sembilan akan menjadi sebuah negeri yang mempunyai jumlah hutang terendah dengan kerajaan persekutuan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan