Firefly Gondol Jenama Harapan Terbaik

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan komuniti, Firefly, telah menggondol anugerah "Jenama Harapan Terbaik" di majlis Malam Gala Anugerah Jenama Putra (PBA) yang diadakan pada Selasa malam.

Dianjurkan oleh Persatuan Ejen Akreditasi Malaysia, PBA mengukur jenama berasaskan pilihan pengguna, menerusi metodologi penyelidikan pengguna yang menggalakkan bagi menentukan jenama kesukaan tempatan dan antarabangsa Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Ignatius Ong berkata, "Firefly amat bangga dapat menerima anugerah berprestij ini.

Sementara itu, syarikat penerbangan itu baru-baru ini telah memperkenalkan perkhidmatan terbarunya antara Kota Baharu dan Johor Baharu, yang akan bermula esok.

Ini akan menjadikannya satu-satu syarikat penerbangan komersil yang menyediakan akses terus antara Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan negeri bahagian selatan Johor. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan