Dakwaan CCF Berat Sebelah Tidak Benar - Dr Awang Adek

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa Rangka Kerja Kolaborasi Komprehensif (CCF) antara Malaysia Airlines System Bhd (MAS) dan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd berat sebelah tidak tepat, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Rabu.

CCF adalah sebahagian daripada rancangan pemulihan MAS yang bertujuan menumpukan usaha memperbaiki operasi dan memperkukuh kewangan bagi menjadi syarikat penerbangan premier berdaya maju, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Katanya kerjasama ini merupakan transformasi baru yang akan menjurus kepada manfaat bersama serta peluang baharu selain turut memberi nafas baharu kepada MAS yang mengalami kerugian besar, untuk terus beroperasi.

"Ini pendekatan baharu diperkenal kerajaan untuk memastikan MAS berdaya saing dan maju pada masa hadapan.

"Kerjasama ini dilihat dapat memastikan operasi syarikat-syarikat tersebut, terutama MAS, dapat dilaksanakan secara efisien serta kos efektif," katanya semasa menjawab soalan Senator Abdul Rahman Bakar.

Awang Adek berkata semua pihak terlibat iaitu MAS, AirAsia dan AirAsiaX akan mendapat faedah daripada perjanjian itu, dan tiada pihak akan berada dalam kedudukan yang merugikan.

"Sesuatu kolaborasi tidak akan diteruskan sekiranya ada pihak tertentu mendapati ia merugikan, malah setiap bidang adalah tertakluk kepada kajian antipersaingan sebelum ia diteruskan," katanya.

Beliau berkata kerjasama ini bukan sahaja memastikan MAS kekal sebagai syarikat tersenarai yang dimiliki pemegang saham tempatan, malah untuk membantu membawa kepakaran serta pengalaman pengurusan yang dimiliki AirAsia ke dalam MAS.

"AirAsia melalui model perniagaannya berjaya membuktikan kejayaan, dengan a kecekapan operasinya telah menghasilkan keuntungan setiap tahun sejak 2003 hingga 2011," katanya.

Awang Adek berkata sehingga 16 April ini, pecahan pemegang saham utama MAS ialah Khazanah Nasional Bhd sebanyak 48.9 peratus, Tune Air Sdn Bhd (20.5 peratus) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (9.2 peratus).

MAS, AirAsia Bhd dan AirAsiaX Sdn Bhd, menyertai CCF pada 9 Ogos tahun lepas bagi meneroka pelbagai peluang kerjasama yang memberikan manfaat bersama dan bukannya penggabungan tetapi kolaborasi strategik antara ketiga-tiga syarikat penerbangan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan