Bekas Tahanan Perang Jepun Lancar Buku

Diterbitkan: Rabu, 25 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Seorang bekas anggota tentera Australia yang pernah menjadi tahanan perang (POW) pihak Jepun semasa Perang Dunia Kedua melancarkan buku yang memuatkan kisah hidupnya malam Selasa.

Buku itu yang bertajuk 'The Boy from Bowen - Diary of Sandakan Pow' dilancarkan sendiri oleh Leslie Bunn Glover, 92, di kediaman rasmi Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Datuk James Wong sempena majlis makan malam bagi meraikan para tetamu Hari Anzac yang turut dihadiri Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kupa.

Buku itu menceritakan pengalamannya menjadi tahanan perang semasa berumur 20.

Beliau menyertai tentera sebagai anggota kadet ketika berumur 16 tahun hingga mencapai pangkat Leftenan sebelum dihantar bertugas di Singapura di mana beliau kemudiannya ditahan dan dihantar menjadi buruh paksa tentera Jepun di Sandakan dan Kuching selama hampir empat tahun.

Glover berkata beliau memilih untuk melancarkan bukunya di Sandakan kerana kebanyakan pengalamannya yang diceritakan dalam buku tersebut berkisar semasa beliau menjadi tahanan di Sandakan.

Katanya anak-anaknya telah meminta beliau menulis mengenai pengalamannya itu dan beliau kemudiannya mencetak sebanyak 1,000 naskah buku tersebut yang kini sudah dijual. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan