Wakil Rakyat Umno, BN Tidak Dicalonkan Semula Dijadikan Anak Angkat Mubarak

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) akan menjadikan wakil rakyat Umno atau Barisan Nasional (BN) yang tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang sebagai anak angkat bagi memastikan mereka terus setia dalam perjuangan parti.

Presidennya Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata, ini merupakan cabaran besar kepada Mubarak kerana ada di antara mereka ini setelah tidak terpilih bertukar menjadi golongan yang kecewa.

"Orang yang tidak terpilih jadi calon, kita pujuk...itu satu cabaran besar dan kita faham perasaan mereka ini yang akan ada rasa kecewa. Kita akan jadikan mereka anak angkat," kata Abdul Aziz kepada pemberita selepas majlis pelancaran buku 100 Wira Negara yang disusun oleh beliau sendiri, di sini, Selasa.

Buku itu yang dijual pada harga RM60 senaskhah dilancarkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Abdul Aziz berkata pada masa sekarang pun, ahli-ahli Mubarak sudah mula keluar untuk menjalankan perang saraf dalam usaha membantu kerajaan BN menang pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah memberi amanah khas kepada Mubarak untuk membantu mengembalikan negeri-negeri di bawah pembangkang ke pangkuan BN semula. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan