Stadium Nasional Bukit Jalil Ditawarkan Sebagai Lokasi Perhimpunan

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbadanan Stadium Malaysia bersedia menawarkan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini sebagai lokasi perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang, yang dijadual berlangsung hujung minggu ini.

Pengerusinya, Datuk Jamil Salleh berkata ini kerana permohonan penganjur untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka telah ditolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Pihak kami tidak ada masalah menawarkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai alternatif.

"Tambahan pula pihak penganjur sejak awal lagi telah memberi jaminan kepada DBKL bahawa perhimpunan ini akan dilakukan secara aman tanpa menjejas keselamatan awam," katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Justeru, katanya, pihak pengurusan perbadanan yang bertanggungjawab terhadap Stadium Nasional itu berpendapat perhimpunan berkenaan dapat dilakukan secara teratur dan terkawal jika ia diadakan di lokasi tersebut.

Namun, Jamil berkata penggunaan stadium itu tertakluk kepada syarat-syarat ditetapkan yang wajib dipatuhi.

"Pihak penganjur bertanggungjawab terhadap segala kerosakan harta benda dan kemudahan stadium (jika perhimpunan berlangsung di situ)," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan