Shafie Dakwa Tuduhan Skandal Dengan Zahida Rafik Bermotifkan Politik

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shafie Apdal
Shafie Apdal

TEMERLOH: Datuk Seri Shafie Apdal yang telah menafikan dakwaan beliau mempunyai hubungan intim dengan aktres Zahida Mohamed Rafik menegaskan isu tersebut bermotifkan politik dan beliau tidak langsung tertekan dengan semua dakwaan berkenaan.

Beliau yang juga Naib Presiden Umno berkata dakwaan tersebut sengaja direka untuk menjatuhkan reputasinya serta karier politiknya.

"Cerita berkenaan tidak benar sama sekali dan ia sengaja cuba diada-adakan oleh pihak tertentu. Saya tidak ada sebarang masalah dalam melaksanakan tuhas saya kerana saya tahu saya dipihak yang benar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mesra Rakyat dan Jamuan Kampung anjuran Kemas di Kampung Bangau Tanjung dekat sini, Selasa.

Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri yang juga Ketua Umno Bahagian Temerloh, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin dan timbalannya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Saifuddin Abdullah.

Shafie berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan akhbar The Star mengenai dakwaan skandal melibatkan beliau..

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Setiausaha akhbarnya, Zamri Maulan berkata bosnya enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan kerana beliau telah dinasihatkan oleh peguamnya kerana isu tersebut telah dibawa untuk tindakan selanjutnya.

Pada Selasa, The Star melaporkan Shafie dipetik sebagai berkata beliau sentiasa mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan namanya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman Azemi yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan beliau dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada Zahida.

Beliau turut menafikan apa yang terdapat dalam laporan polis yang dibuat oleh Noor Azemi sebagai tidak benar, katanya dalam satu kenyataan yang diberikan kepada pemberita di Putrajaya dan laman sosial twitternya pada Isnin.

Shafie turut dilaporkan berkata beliau sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnahnya berhubung isu berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna Sabah, didakwa mempunyai hubungan dengan Zahida selepas tersebarnya laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman Azemi yang didakwa oleh Noor Azman Azemi yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawahnya.

Berdasarkan laporan polis bertarikh 13 Mac tahun ini, Noor Azman mendakwa Zahida telah menerima wang sebanyak RM58,000 pada Oktobertahun lalu, RM112,000 pada November, RM330,000 pada bulan Disember dan RM510,000 pada Januari tahun ini.

Zahida bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang berhubung isu berkenaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan