Rakyat Boleh Nilai Kemerosotan Sokongan Terhadap PKR - Muhyiddin - Berita Semasa | mStar

Rakyat Boleh Nilai Kemerosotan Sokongan Terhadap PKR - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Rakyat boleh menilai kemorosotan sokongan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini setelah integriti ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipersoalkan banyak pihak, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional berkata perkara itu boleh dilihat daripada tindakan pemimpin utama, pengasas dan pendokong PKR yang keluar dari parti itu kerana menolak kepimpinan penasihat parti pembangkang itu.

"(Mereka) yang tinggal mungkin tidak faham atau terpedaya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perjumpaan Khas Timbalan Perdana Menteri Bersama Pesara-Pesara Kerajaan di sini, Selasa.

Muhyiddin berkata rakyat juga boleh menilai berdasarkan apa yang dilakukan kerajaan pimpinan PKR sejak mengambil alih Selangor. Menurutnya pendekatan dan strategi pemerintahan yang diperkenalkan PKR telah banyak menimbulkan keresahan kepada rakyat Selangor. Ketika ditanya dakwaan Anwar bahawa ada pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah akan menyertai PKR, Muhyiddin yakin perkara itu tidak akan berlaku.

Sebaliknya, beliau berkata sokongan kepada BN terus meningkat apabila rakyat memberi isyarat jelas mahukan kerajaan BN terus memerintah negara ini. Sokongan sama turut diterima daripada rakyat Kelantan kerana mereka mahukan perubahan besar berlaku di Kelantan, katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan