Muhyiddin Lancar Skim Pembiayaan PKS Berlandaskan Syariah

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa melancarkan Skim Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berlandaskan Syariah, yang menyediakan dana berjumlah RM2 bilion, bagi membantu pengusaha PKS seluruh negara.

Muhyiddin berkata skim pembiayaan itu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan bajet 2012 lepas itu akan memberikan pembiayaan berlandaskan Syariah yang dapat membantu pengusaha PKS meningkatkan perniagaan ekonomi mereka.

"Saya ucapkan syabas atas usaha mewujudkan skim pembiayaan ini yang mencerminkan pihak swasta juga bersungguh-sungguh menyokong usaha kerajaan Pusat untuk merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.

"Sukacita saya umumkan bahawa skim pembiayaan ini akan dikendalikan sebanyak 13 institusi perbankan Islam yang mengambil bahagian dengan kerajaan Persekutuan akan membiayai dua peratus daripada kadar keuntungan pembiayaan bank itu," katanya ketika Merasmikan Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana Serta Pelancaran Skim Pembiayaan PKS Berlandaskan Syariah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Perdana, di sini haSelasa.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Pengerusi SME Corporation Datuk Dr Mohamed Al Amin Abdul Majid dan Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM).

Lebih 15,000 pengunjung hadir pada program tersebut.

Muhyiddin berkata Malaysia mempunyai sistem kewangan Islam yang lengkap merangkumi takaful dan perniagaan saham dalam Bursa Kuala Lumpur dan juga mempunyai pasaran kewangan antarabangsa di Labuan yang memainkan peranan penting dalam perkembangan pasaran wang antarabangsa.

"Semua ini dapat kita capai di bawah teraju kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berjaya memperkenal dasar dan sistem yang lengkap untuk menggalakkan dan mengawal selia perkembangan perbankan Islam hingga banyak negara ingin menjadikan Malaysia sebagai contoh," katanya.

Beliau juga berkata usahawan di Kelantan tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan Pusat bagi meningkatkan daya saing produk dan perkhidmatan mereka melalui pengurangan kos untuk menjalankan perniagaan.

"Dari segi pelaburan, sehingga kini Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sudah meluluskan insentif untuk tiga projek PKS di negeri Kelantan dengan modal pelaburan domestik keseluruhan bernilai RM6.2 juta. Ketiga-tiga projek itu menyediakan 116 peluang pekerjaan dalam bidang tekstil di kelantan," katanya.

Menurutnya SME Corporation pula di bawah kendalian Malaysian Industrial Development Finance Berhad dimanfaatkan 71 permohonan di Kelantan dengan kelulusan bernilai RM42.97 juta.

Beliau berkata rakyat Kelantan perlu memikirkan masa depan mereka terutama untuk merancakkan lagi ekonomi negeri itu dengan memilih BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Formulanya mudah. Sokong BN dan kita akan buat apa yang Kelantan gagal buat dan ini semua untuk rakyat," katanya.

Terdahulu, Muhyiddin melawat Pasar Siti Aishah di Jelawat di sini serta beramah mesra dengan 350 peniaga kecil di situ.

Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk membaik pulih pasar yang dibina pada zaman kerajaan BN dahulu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan