Kerajaan Sedia Timbang Bina Landasan Berkembar Gemas-Tumpat

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAHAU: Kerajaan sedia menimbangkan cadangan membina landasan berkembar elektrik antara Gemas-Tumpat bagi laluan pantai timur sejajar dengan hasrat untuk memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata bagaimanapun kajian perlu dijalankan terlebih dahulu mengikut keperluan, tambahan pula tumpuan kini diberi kepada projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Baharu yang sedang di peringkat reka bentuk.

"Apa pun, kita kena siapkan dahulu projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Baharu, sebelum memikirkan untuk membina landasan berkembar elektrik di laluan pantai timur," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di stesen kereta api Batang Melaka, Gemencheh dan stesen Bahau di sini, Selasa.

Kong berkata projek pembinaan landasan berkembar elektrik Seremban-Gemas yang sedang dilaksanakan pula berjalan mengikut jadual.

Pembinaan projek landasan kereta api elektrik berkembar Seremban-Gemas bernilai RM3.45 bilion, sepanjang 98.2km itu mula dibina oleh IRCO NInternational Ltd, anak syarikat Indian Railway, pada Januari 2008 dan dijangka siap pada Ogos 2012.

Mengenai stesen Bahau, Kong berkata stesen baharu Bahau akan dibina bagi menggantikan stesen lama berusia 70 tahun yang uzur dan sering dilanda banjir kilat serta berhampiran jalan raya.

Katanya pembinaan stesen baru ini yang terletak 500 meter dari stesen lama telah ditender dan projek ini akan dimulakan pada bulan Jun depan dan dijangka siap September 2013.

"Projek ini di kawasan seluas 1.21 hektar, melibatkan kos RM6 juta. Apabila siap kelak, stesen moden ini akan dilengkapi kemudahan ruang menunggu yang selesa, pejabat, kiosk, surau, tandas, stor, parkir dan lain-lain," katanya.

Sementara itu, beliau berkata pembinaan jejantas pejalan kaki di stesen Batang Melaka yang merentasi landasan berkembar elektrik Seremban-Gemas, melibatkan peruntukan lebih RM716,000.

Katanya kementeriannya sedang dalam proses melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja pembinaan jejantas tersebut dan kerja fizikal akan dimulakan Ogos depan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan