Kerajaan Persekutuan Beri Peruntukan RM35.3 Juta Kepada Mais

Diterbitkan: Selasa, 24 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Selasa menyampaikan peruntukan sebanyak RM35,255,800 kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bagi pembayaran elaun untuk menjalankan aktiviti keagamaan di negeri ini.

Peruntukan disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang mewakili kerajaan persekutuan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini.

Noh berkata peruntukan tahunan itu adalah bagi pembayaran elaun ketua guru dan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), elaun imam masjid dan elaun guru takmir untuk tahun 2012.

Sebanyak RM27,955,200 diperuntukkan untuk membayar elaun kepada 240 ketua guru Kafa dan 6,060 guru Kafa.

"Bayaran elaun yang dibayar oleh kerajaan persekutuan adalah sebanyak RM800 sebulan untuk setiap guru manakala kerajaan negeri membayar baki elaun RM600 bagi ketua guru Kafa dan RM500 bagi guru Kafa," katanya.

Noh berkata sebanyak RM6,021,000 pula diperuntukkan untuk membayar elaun kepada keseluruhan 669 imam masjid yang setiap seorang menerima elaun berjumlah RM750 sebulan.

Selain itu beliau berkata sejumlah RM1,279,600 diperuntukkan kepada 142 orang guru takmir yang setiap seorang menerima elaun sebanyak RM800 sebulan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan